KONSEP KEJIRANAN DAN HAK-HAK JIRAN



PENSYARAH: WAN RUSWANI BINTI WAN ABDULLAH

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLISAS

BIL
NAMA
KELAS
NO.MATRIK
          1
MOHAMMAD NOR FIKRI BIN ABDULLAH
DEE5A
02DEE15F2001
          2
YEE WEN JING
DEE5A
02DEE15F2003
          3
AHMAD AIMAN BIN ABU BAKAR
DEE5A
02DEE15F2009
        4
MUHAMMAD ARIF BIN ABAS
DEE5A
02DEE15F1036
         5
AHMAD SYAMIL BIN ZUHARI
DEE5A
02DEE15F2017



Pendahuluan

Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.

        Dalam blog ini memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai konsep kejiranan yang sebenar. Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu, dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan, kepentingan semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarat.



  SEMANGAT KEJIRANAN

       Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu, hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata pepatah, hidup sandar-menyandar “seperti aur dengan tebing.” Pada zaman kini, hubungan sesama jiran renggang “bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”

        Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlulah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik. Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan dalam sesebuah masyarakat. Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh. Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

         Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

                 Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. 

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

Seterusnya, semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat. Kawasan perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah masyarakat terjamin. Kejadian sepertimencuri, merompak dan menculik sering berlaku dalam kawasan perumahan. Masyarakat harus meningkatkan keselamatan kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

          Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranan. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. 















PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR

       Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur, antaranya perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka.Corak pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Masyarakat zaman dahulu, pekerjaan mereka berasaskan pertanian yang memerlukan semangat bekerjasama di antara mereka, bak kata pepatah, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Manakala masyarakat sekarang bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan masa kini.

       Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi atau media massa juga salah satu punca yang mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Pada zaman sekarang, bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesama jiran semakin berkurangan. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah di dalam pergaulan, sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan.


        Di samping itu, arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali.Hal ini mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.




LANGKAH- LANGKAH UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

        Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu, setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru, senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

             Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan, antaranya menghidupkan kembali amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran, bak kata pepatah “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

         Di samping itu, kempen mengadakan amalan rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekaligus dapat mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.

        Setersunya, langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah, amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya, apabila jiran bertandang ke rumah, sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu, amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

        
 Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu, perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

         Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat disesuatu tempat. Kerjasama   ini   boleh   dipupuk   melalui   penglibatan   anggota   masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,   majlis   sambutan   perayaan   atau   perjumpaan   bulanan   komuniti   dapat mempertemukan semua jiran,   saling berkenalan dan merapatkan hubungan. Mereka akan lebih mesra, saling membantu “bagai aur dengan tebing” tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan.
Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu   padu.  Semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati.
Tegasnya semangat kejirananpenting   dalam   membentuk   masyarakat   yang   bersatu   padu   dan   seterusnya   dapat   memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
         Seterusnya, semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

           





Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

             Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan  contoh paling jelas, dan atas sokongan  rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka  melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
 
                 Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.




KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN

         Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana  sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah  yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

            Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.


         Kebaikan semangat kejiranan yang seterusnya ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan. Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati  anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan

         Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan  dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.







 IMPLIKASI KERANA TIDAK MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN

           Implikasi yang pertama adalah masyarakat yang demokratik, mengamalkan bentuk kesefahaman yang matang tidak dapat dipupuk dalam masyarakat. Masyarakat yang demokratik serta matang dalam membentuk kesefahaman merupakan satu kunci kepada pembangunan negara. Masyarakat yang demokratik adalah masyarakat yang boleh menerima pandangan, berkongsi dan melaksanakan segala sesuatu yang berfaedah. Masyarakat perlu berfikirkan lebih terbuka dalam menghayati erti kata perpaduan. Hal kesepakatan di kalangan rakyat adalah amat penting di kalangan rakyat akan mempercepatkan lagi pembangunan negara seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain.
Implikasi yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.
Implikasi yang ketiga ialah negara tidak dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian. Seperti mana yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam negara lebih dikuasai oleh golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya bekerja sebagai nelayan dan petani. Sekiranya hal ini dibiarkan pembangunan ekonomi secara menyeluruh di dalam negara tidak dapat dijalankan dengan baik disebabkan wujud stereotaip di kalangan rakyat. Akibat ketiadaan perpaduan dalam negara tranformasi ekonomi negara sukar lakukan kerana ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Jelas disini bahawa hanya perpaduan yang dapat memudahkan proses ini kerana ia banyak melibatkan sosial dan kebudayaan masyarakat.

Implikasi yang keempat ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara.
Implikasi yang kelima ialah berkaitan kestabilan politik. Seperti mana yang kita tahu sistem politik dalam negara berfungsi untuk mentadbir negara. Namun sekiranya wujud masalah perpaduan maka ia juga akan menjejaskan kestabilan. Sebagai contoh, sekiranya tidak wujud perpaduan akan wujud parti-parti kecil di mana parti-parti ini membawa gerakan atau wakil daripada etnik masing-masing untuk mempertahankan hak masing-masing. Apabila wujud terlalu banyak parti-parti secara tidak boleh menyebabkan pertelingkahan atau perang parti sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Melalui hal ini, pentadbiran negara terpaksa melakukan langkah-langkah konkrit untuk menstabilkan semula aktiviti-aktiviti politik dalam negara. Contohnya, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. Semakin lama masa yang diambil untuk menjalankan langkah konkrit tersebut maka semakin menjadi-jadi masalah politik dalam negara.
Implikasi yang seterusnya ialah amalan nilai materialisme yang melampau. Nilai materialisme yang melampau bermaksud nafsu mencari keuntungan yang maksimum dalam ekonomi yang bebas. Hal ini sekaligus memupuk ketidakadilan dikalangan rakyat. Disebabkan amalan nilai ini maka wujud ramai rakyat yang miskin dan tidak mampu untuk menyara keluarga dan kehidupan. Nilai materialisme ini boleh mendorong pengguna melakukan apa sahaja seperti penyelewengan, pecah amanah, menipu, mencuri dan membunuh. Oleh itu, perpaduan adalah penting untuk mengikis nilai metarialisme
.
Selain itu, implikasi yang turut timbul kesan daripada masalah perpaduan rakyat ialah wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat. Sering kali kita dapati ada segolongan dalam masyarakat sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusian kerana mencari kepentingan diri. Rakyat seharusnya ingat bahawa kebanyakan masalah peribadi adalah berpunca daripada masalah perpaduan masyarakat. Namun, sekiranya tidak wujud perpadua rakyat masing-masing mahu mencari kepentingan sendiri sehingga melupa hal kemasyarakat yang sepatutnya didahulukan. Sikap ini perlu dikikis sekiranya tidak masyarakat akan menjadi suatu masyarakat yang berjiwa kosong.

















 KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
     
      Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak  mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan dihuni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.

Jiran Tetangga Di Dalam Islam

            Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah      merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinterasi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.

 Kategori Jiran

  berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu:

a     -jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b     -jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
c     -jiran yang kafir.





Hak-Hak Jiran Di Dalam Islam

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:


a) Jangan menyakiti jiran

         Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya



c) Berbuat baik kepada jiran

       Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.


 Adab Jiran Tetangga Menurut Imam Al-Ghazali

Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.

Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara ini”.

Imam Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:

 1) Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu
2) Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah
3) Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta
4) Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT
5) Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun
6) Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya
7) Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya
8) Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya
9)Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun









KESIMPULAN
          Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri  masyarakat yang berkualiti.  Selain itu , perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

      Semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.

       Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.


















Lampiran









RUJUKAN
1. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf5nVPNAwKogs00SIIYktFAt_Cj_2auFEPA36LfVZH-4ZB5Jdct-d_GZHQbF5UjcEdSDIm4jnDCu6RTrFT-vxP5YSBTwAKsSBFIqezFSyydyl7gSQ6YOmJOOJJIAyZQbtOoL6k7Lf-Oco/s1600/2.jpg

2.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiisbWr8cYwfRSmvgeL3vbmsCMtBVq77RIkieCe9Fsaq3C_FSS0dvnMwEBIDhUQRhyphenhyphenMi-5RTVY7Y7lDZZmIK32b0C8Dg5TN1-YI63qNcCiiYuwgbR4I2tNii_8UwYEVXWfmdDfRZ2hVUMLj/s1600/RUKUN+TETANGGA+BANTU+BENTUNG+JENAYAH.jpg

3.https://emajalahislamic.files.wordpress.com/2017/03/gotong-royong-perdana-20131.jpg?w=640&h=400&crop=1

4.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYPCz7NdMSpegh3mqknIqhKATTtUAuvRJWGUga8tdtd2w6J_br4Kg1iD4x1X1l-FJU_dhT10hvdYAMnwf4clT6dVUfS5SfTxfqfFZQhv6TcNYuAmUUO5TtWpPWy5EJwG0PI-XPcg-GfZA/s1600/Semarak+Semula+Semangat+Kejiranan.jpg

5.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyMv7SoI6hFDm00SEUC41LlJGf9VDSf8UW6dKKeuJ8IoBCCD2oWGhvYNWgZmGNAynOtWauj5iZsPGSf3JbpgAVJ0gFpa0P_Ftg8uvdlVv7Tkw4i0_0BB1Gj0IChVj73LXuyi9pKj-Owl8a/s320/Melaka+Hari+Ini+%252827.03.jpg

Comments

  1. Sangat2 membantu ...
    Terima kasih atas perkongsian 😊

    ReplyDelete
  2. Titanium Bohr model 2 models | TITanium Art
    All titanium helix earrings Models. In the original version titanium nitride bolt carrier group of the models, you can make a sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide diamond with titanium parts. You can also titanium carabiners customize the material with pure titanium earrings

    ReplyDelete

Post a Comment